Monday, December 8, 2008

5 pintu laluan untuk membina perniagaan


Memang benarlah kata pepatah “Bercakap adalah mudah berbanding dengan melakukan”. Walaupun begitu, untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya bukanlah pula suatu perkara yang amat rumit dan mustahil.


"Buka laluan untuk perniagaan anda"

Bagi membina sesebuah perniagaan, anda tidak harus menolak kepentingan untuk mewujudkan hubungan dengan manusia. Sebagai seorang usahawan, anda perlu memberi gambaran yang jelas mengenai diri anda, apakah yang hendak anda berikan dan bagaimanakah cara untuk melakukannya.

Bagi sesebuah perniagaan, perhubungan dengan pelanggan adalah menjadi suatu kemestian. Segala sumber pendapatan kepada perniagaan tersebut adalah berpunca daripada pelanggan. Ini tidak semestinya berkaitan dengan ‘networking’.

Kaedah dan pendekatan yang anda ingin ambil untuk mewujudkan hubungan dengan pelanggan sudah semestinya perlu memenuhi citarasa anda. Jika tidak, anda tidak perlu melakukannya atau berada di dalam keadaan terpaksa dan hanya melakukannya dengan sambil lewa dan seterusnya hanya mengecapi kejayaan yang terbatas.

Baiklah. Sekarang anda perlu gambarkan ada terdapat lima jenis pintu laluan yang membantu untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan anda.

Sekarang, ambil sebatang pen dan sehelai kertas. Lukiskan lima buah pintu. Seterusnya, tuliskan nota pada setiap pintu tersebut semasa kita membuat perbincangan ini. Ianya akan membantu untuk mendapatkan ilham yang muncul dari fikiran anda sendiri dan seterusnya membantu untuk menumpukan perhatian terhadap pendekatan anda sendiri.

Pintu No1: ‘DI MANA’

Pembinaan komuniti perniagaan adalah titik tolak kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

Di atas tapak asas ini, tuliskan dimanakan tempatnya yang anda telah sediada membuat perhubungan dengan manusia pada masa ini atau sebelum ini.

Sekarang anda tuliskan tempat atau lokasi yang anda sendiri merasa selesa untuk berhubung dengan manusia. Sebagai contoh; jika anda sering menghadiri seminar, konvensyen, di tempat kerja, ruang chatting dan sebagainya. Di tempat-tempat tersebut, anda akan bertemu dengan ramai orang yang mempunyai keperluan masing-masing. Fikirkanlah apakah yang boleh anda berikan bagi memenuhi keperluan mereka.

Pintu No2: ‘BAGAIMANA’

Bagaimanakah kebiasaannya anda mendapatkan sumber maklumat?. Majalah apa? Akhbar apa? Stesyen radio apa? dan sebagainya.

Kaedah perhubungan melalui ‘Online publication’, akhbar, siaran radio dan majalah memerlukan percakapan atau penulisan. Dengan menggunakan media hubungan yang anda sukai, anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pelanggan anda. Anda juga akan berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai hobi serta kesukaan bersama para pelanggan anda.

Anda akan dapati bahawa kedua-dua pintu yang pertama adalah mengenai diri anda sendiri.

Setelah anda menulis atau bercakap, anda akan memperolehi keyakinan serta mendapat kredibiliti. Seterusnya anda akan bertemu dengan ramai orang yang ingin mengetahui tentang diri anda dan apa yang anda lakukan.

Tuliskan sesuatu tentang “Jambatan Perniagaan” yang anda sukai. Berikan maklumat tentang kenapa dan mengapa anda suka tentang apa yang anda lakukan dan artikel atau program apa yang akan anda berikan.

Apakah kuncinya? Percayalah bahawa anda mempunyai sesuatu yang amat penting untuk di kongsi bersama dan anda mempunyai pendekatan yang amat unik yang tersendiri hanya dengan mempercayai diri anda sendiri.

Pintu No3: ‘SIAPA’

Gambarkan para pelanggan anda adalah merupakan orang-orang yang anda suka berhubung dengan mereka. Catatkan siapakah orang-orang yang anda sukai dan ingin berhubung dengan mereka. Apakah peribadi mereka? Apakah kualiti kehidupan mereka? Dan sebagainya.

Kita sering lupa bahawa manusia akan saling berurusan dengan sesiapa yang mempunyai kaitan.

Pintu No4: ‘APA’

Setelah kita kenal pasti siapakah pelanggan kita, sekarang bolehlah kita kaitkan dengan apakah yang mereka mahu? Apakah yang mereka betul-betul perlukan?

Pilih tiga orang daripada ‘Pintu No3’ dan fikirkan tentang mereka. Fikirkan tentang 'APA'. Tuliskan apakah perkara-perkara atau program, bantuan, produk seminar, buku dan sebagainya yang anda boleh berikan kepada mereka.

Pelanggan pada kebiasaannya akan mencuba dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Seandainya anda berikan mereka peluang untuk mengetahui apakah yang anda sedang lakukan, mereka dengan perasaan selamat akan mencuba anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengeluarkan wang ringgit atau meluangkan masa mereka untuk anda.

Pintu No5: BANTUAN!

Inilah tiang asas terakhir kepada jambatan anda bagi mendapatkan bantuan, sumber serta kemahiran yang anda perlukan untuk membina perhubungan dengan para pelanggan anda.

Ianya boleh jadi bentuk bantuan seperti kemahiran, sumber rujukan, rakaniaga malah juga termasuk tunjuk ajar mengenai bagaimana untuk memperbaiki presentation anda.

Anda perlu jujur dan tuliskan senarai keperluan anda secara ringkas.

Baiklah. Sekarang anda telah senaraikan idea ‘brainstorm’ anda. Tanda dan bulatkan senarai perkara yang anda ingin lakukan pada hari ini. Contonya, panggilan telefon, email atau sebagainya yang ingin anda lakukan. Lakukannya sekarang!

Ingatlah, pada kebiasaannya, kekurangnya kemahiran bukannya yang menjadi penghalang, tetapi keberanian untuk keluar dan berinteraksi adalah menjadi penghalang utama.

Selamat berjaya!